Ramli buat dua laporan polis

Ramli membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan.
Ramli membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan.
A
A
A

LIPIS - Calon BN,Ramli Mohd Nor bertindak membuat dua laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan awal pagi tadi berikutan insiden provokasi yang menimpa beliau dan jenteranya petang semalam.

Dalam laporan pertama yang dibuat pada jam 3.15 pagi itu,Ramli hadir bersama Ketua Bahagian Maran,Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Berdasarkan laporan pertama polis yang dibuat oleh Ramli,beliau bersama rombongannya yang disertai bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Maznah Mazlan,Adun Muadzam Shah,Ir Razali Kassim,Setiausaha Umno Bahagian Rompin,Zahari Mohamad ketika berkempen di sekitar Pos Lenjang dan Pos Titom semalam terjumpa sebuah kenderaan 4x4 sebuah kenderaan berwarna hijau kegelapan ditampal dengan bendera Malaysia dilapisi bendera tulisan Pakatan Harapan(PH).

Hasil pemeriksaan lanjut,menjumpai kotak berisi risalah politik PH di bahagian belakang kenderaan terbabit.

Manakala dalam laporan kedua pada jam 3.42 pagi di balai sama,Ramli melaporkan beliau bersama pembantu-pembantunya disekat di pertengahan jalan dekat Kampung Dayok pada jam 6 petang semalam apabila seorang lelaki secara agresif dengan bernada kasar meminta salah seorang pembantunya menyerahkan telefon bimbit.

Untuk meredakan keadaan,Ramli telah turun dari kenderaan dinaikinya dan mendapati lelaki terbabit,Timbalan Menteri Air,Tanah dan Sumber Asli,Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Dalam laporan itu juga,berlaku provokasi bersama Tengku Zulpuri yang memanjat kenderaan dinaiki Ramli dengan tujuan merampas telefon bimbit pembantunya serta mengeluarkan kata-kata secara kasar terhadap tiga penumpang dan pemandu kenderaan berkenaan.

Sementara itu,Ketua Polis daerah,Superintendan Azri Akmar Ayob mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh calon terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Artikel Berkaitan: