Kluster rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan sebuah rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor, Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikenal pasti selepas terdapat tiga kes positif koronavirus (Covid-19) di pusat jagaan tersebut.

"Dua kes didapati positif Covid-19 pada 17 Mei lalu hasil daripada saringan pusat penjagaan warga emas.

"Seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni telah disaring dan keputusannya kesemua kakitangan dan 24 penghuni yang lain negatif.

"Setelah hampir sebulan kemudian, kes ketiga ini pula didapati positif Covid-19 daripada saringan Severe Acute Respiratory IIlness (SARI) apabila dimasukkan ke wad Hospital Tanjung Karang pada 13 Jun lalu," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes positif ketiga itu dikesan selepas mangsa menjalani ujian saringan kali kedua.

"Keputusan negatif pada saringan kali pertama di pusat penjagaan warga emas.

"Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah-langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah kuman dan nyah cemar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes positif itu turut menunjukkan gejala.