Ragut: Pemandu bas selamatkan warga emas

Károly (kananboleh) selamatkan warga emas dari menjadi mangsa ragut. - Foto Daily Mail
Károly (kananboleh) selamatkan warga emas dari menjadi mangsa ragut. - Foto Daily Mail
A
A
A

MISKOLC - Satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu bas bertindak pantas menyelamatkan seorang warga emas dari menjadi mangsa ragut mencuri perhatian ramai.

Lapor Daily Mail, Károly Zsolt Kis dalam perjalanan ke pasar Újgyőr di Miskolc, Hungaria.

"Sebaik tiba di lokasi, dia melihat wanita bertongkat sedang bergelut dengan peragut.

"Károly pantas memberhentikan bas di tepi jalan, keluar dari ruang pemandu dan berlari ke arah mangsa.

"Károly, yang pernah berkhidmat di Iraq, menolak lelaki itu dari mangsa membuatkannya melarikan diri. Mangsa dipelawa menaiki bas dan membuat laporan polis," kata polis tempatan.

Polis telah mengenal pasti dan menahan seorang suspek lelaki berusia 27 tahun.

Mangsa tidak mengalami kecederaan tetapi masih trauma dengan kejadian itu, menurut laporan tempatan.

Artikel Berkaitan: