Pelajar maut dibelit ular sawa ketika menuju air terjun

Mangsa maut setelah dibelit ular sawa. - Foto Tribun News
Mangsa maut setelah dibelit ular sawa. - Foto Tribun News
A
A
A

SULAWESI - Seorang pelajar sekolah menengah maut akibat dibelit seekor ular sawa sepanjang tujuh meter ketika dalam perjalanan menuju ke satu lokasi air terjun bersama rakan-rakannya dalam kejadian di Bombana, Sulawesi Tenggara, semalam.

Ketua Polis Rumbia, Inspektor Muh Nur Sultan mengesahkan kejadian tersebut hari ini, lapor Tribun News.

"Mangsa dan rakan-rakannya dalam perjalanan menuju ke air terjun di Pergunungan Kahar. Namun mangsa terpisah dengan rakan-rakan pada jarak 10 meter sahaja.

"Secara tiba-tiba rakannya terdengar mangsa menjerit. Mereka terkejut melihat seekor ular sawa membelit mangsa," katanya.

Menurutnya, rakan mangsa cuba memberi pertolongan dengan memukul ular sawa itu tetapi belitan haiwan itu sangat kemas.

"Mereka melihat ular telah melilit mangsa di leher dan kepala. Reptilia itu juga menggigit paha mangsa. Rakan mangsa meminta bantuan orang kampung dan akhirnya ular berjaya melepaskan mangsa setelah dipukul dengan parang.

"Namun mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, dua rakan mangsa pula mengalami kecederaan ketika membantu menyelamatkannya dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: