Penagih,tokan dadah kena cekup

Seorang nelayan ditahan dalam serbuan dilakukan polis di Kampung Belanga Pecah.
Seorang nelayan ditahan dalam serbuan dilakukan polis di Kampung Belanga Pecah.
A
A
A

LANGKAWI - Polis menahan lapan lelaki termasuk tujuh yang disyaki pengedar dadah dalam serbuan berasingan di sekitar mukim Kuah dan Bukit Malut di sini bermula jam 12.01 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, seorang penagih dadah yang juga seorang buruh berusia 28 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Langkawi di Kampung Belanga Pecah.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.25 gram (g).

"Suspek dipercayai menerima bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali sebagai Udin. Ujian urin juga mendapati suspek yang positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Mohd Iqbal memberitahu, penahanan suspek membawa kepada penangkapan seorang nelayan di sebuah kediaman tidak bernombor di kampung itu.

"Kita turut merampas dua paket plastik lut sinar, 10 keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 17.50g dan dua keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 0.30g," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek berusia 27 tahun yang positif dadah jenis methamphetamine itu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Mohd Iqbal berkata, polis turut melakukan serbuan di sebuah pondok di kampung sama dan menahan lima lagi lelaki berusia antara 23 hingga 49 tahun.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis merampas satu beg berzip yang mengandungi tiga paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 108.70g dan lima keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 0.66 g yang ditemui atas meja di pondok itu.

"Selain itu, kita turut menyita wang tunai bernilai RM200," katanya.

Menurutnya, kesemua lelaki berkenaan positif dadah dan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Selain itu, dalam serbuan lain kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Kolam Udang Bukit Malut, kita menahan seorang lelaki lagi berusia 46 tahun.

"Polis juga merampas tujuh paket plastik lut sinar, dua keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 29.22g dan satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran 1.22g," katanya.