Taska di Perlis patuh SOP

Mohammad Hazam melihat seorang kanak-kanak bermain di sebuah taska ketika melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa taska bersama pihak JKM Perlis dekat Kangar hari ini.
Mohammad Hazam melihat seorang kanak-kanak bermain di sebuah taska ketika melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa taska bersama pihak JKM Perlis dekat Kangar hari ini.
A
A
A

KANGAR - Kesemua 27 taska di Perlis akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, usaha itu diambil bagi meyakinkan ibu bapa terhadap langkah keselamatan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.

Menurutnya, semua aktiviti sama ada makan, bermain ataupun tidur dilakukan di tempat masing-masing seperti yang dilabelkan, selain penjarakkan sosial dilaksanakan sepanjang berada di taska.

"Semasa lawatan tadi, kita dapati kanak-kanak berada di tempat masing-masing, sekali gus tidak membabitkan pergerakan kecuali untuk perkara mustahak seperti ke tandas.

"Jadi, mereka akan berada di tempat masing masing, melakukan aktiviti di ruang masing-masing dengan jarak satu meter dan kita harap bantulah kerajaan bagi membendung penularan Covid-19," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan mengejut di beberapa taska bersama pihak JKM Perlis di sini hari ini.

Untuk rekod, hanya 27 daripada 30 taska di Perlis mula beroperasi semula secara berperingkat sejak 15 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: