[VIDEO] Lepas 4 bulan tak jumpa, pelukan frontliners dan ibu buat netizen sebak

Perkongsian di Facebook Friends of PDRM ini tular di laman sosial.
Perkongsian di Facebook Friends of PDRM ini tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelukan erat antara ibu dan anaknya yang juga seorang petugas barisan hadapan bagi melepaskan rindu selepas sekian lama tidak bertemu mengundang sebak pengguna alam maya.

Video berdurasi 51 saat dari aplikasi TikTok bernama @zulkiflyrockaboy dimuat naik di Facebook Friends of PDRM semalam menunjukkan seorang anggota memakai ves polis keluar dari sebuah kereta sebelum memeluk erat ibunya.

Perkongsian video itu turut meruntun jiwa netizen dengan kapsyen, "Reaksi seorang ibu frontliners setelah dapat berjumpa anaknya selepas empat bulan. Selamat Hari Raya Aidilfitri mak. Siapa potong bawang ni?"

Pelukan erat hampir seminit itu membuatkan ramai netizen sebak seolah-olah merasai kerinduan ibu dan anak ini yang tidak bertemu dalam tempoh lama kerana tuntutan tugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun, kerajaan membenarkan rakyat merentas negeri membolehkan anak-anak di perantauan pulang ke kampung halaman.

Pengguna Facebook, Ismail Hakim berkata, adegan itu begitu menyentuh hatinya, seolah-olah dapat merasainya kerinduan ditanggung si ibu.

"Rasa sebak melihat ibu setia menunggu kepulangan anak di hadapan pintu.

"Besar pengorbanan petugas barisan hadapan, menjaga masyarakat dan kini berpeluang bertemu ibu tersayang," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Ulasan netizen terhadap video memaparkan ibu dan anak yang juga petugas barisan hadapan berpelukan selepas empat bulan tidak bertemu.
Ulasan netizen terhadap video memaparkan ibu dan anak yang juga petugas barisan hadapan berpelukan selepas empat bulan tidak bertemu.

Abdullah Marsat pula berkata, "Sebaknya, saya tengok video ini."

Tambah Sub Sulli, "Tahniah kepada semua frontliners, jutaan terima kasih kami ucapkan atas jasa anda sekalian. Alhamdulillah."

Adam Aziz pula berkata, "Terbaik kepada abang polis dan mereka di barisan hadapan. Kami rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan anda semua. Kami doakan berbahagia dan dirahmati ALLAH SWT Insya-ALLAH, aamiin."

Sarikal Anuar Hj Salih pula menulis, beruntung mereka yang masih mempunyai orang tua dan menasihati peluang itu digunakan sebaiknya selagi diizinkan-NYA.

"Sedih, kita dah tiada ibu. Untung masih punya ibu untuk dipeluk. Jagalah mereka sebaiknya."

Sejak dimuat naik, video tersebut sudah ditonton lebih 370,000 dan menerima 18,000 tanda suka daripada netizen.