Kes tuntutan palsu: Itu bukan saya! 

Gambarnya disiarkan dalam sebuah televisyen berhubung kes tersebut.
Gambarnya disiarkan dalam sebuah televisyen berhubung kes tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU – Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Dr Abdul Halim Yusof menafikan beliau adalah individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, semalam.

Menurutnya, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon dari rakan-rakan terdekat yang bertanyakan perkara itu selepas ia disiarkan salah sebuah stesen televisyen semalam.

"Tapi saya terkejut bila rakan-rakan kata gambar saya yang keluar di televisyen.

"Saya harap syarikat televisyen tersebut perbetulkan balik. Saya faham mereka mungkin tersilap disebabkan nama saya dan Adun yang ditahan itu hampir sama. Saya harap perkara ini dibetulkan kembali," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang Adun dari Terengganu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung satu kes tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada Mei tahun lalu.

Mengulas lanjut, Datuk Dr Abdul Halim yang juga bekas calon Parlimen Kubang kerian memberitahu, sehingga jam 10.30 pagi ini, tiada sebarang permohonan maaf dibuat pihak terbabit berhubung kesilapan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan: