Covid-19: Mangsa korban meningkat di India

Jangkitan kes Covid-19 juga semakin meningkat dengan 11,502 lagi kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan keseluruhan kes 332,424.
Jangkitan kes Covid-19 juga semakin meningkat dengan 11,502 lagi kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan keseluruhan kes 332,424.
A
A
A

NEW DELHI - Kementerian kesihatan India pada Isnin mengumumkan seramai 325 orang meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) yang menjadikan angka korban keseluruhan berjumlah 9,520 lapor agensi berita Xinhua.

Jangkitan kes Covid-19 juga semakin meningkat dengan 11,502 lagi kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan keseluruhan kes 332,424.

"Seramai 169,798 orang sudah diizin keluar dari hospital. Jumlah kes aktif di negara ini sekarang sebanyak 153,106," kata kementerian itu.

Perdana Menteri Narendra Modi dijadual mengadakan perbincangan dengan semua ketua menteri menerusi persidangan video pada 16 dan 17 Jun untuk merangka strategi bagi membolehkan sekatan pergerakan ditarik balik.

Artikel Berkaitan: