Adun bergelar Datuk direman

Suspek direman tiga hari bermula hari ini.
Suspek direman tiga hari bermula hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Adun bergelar Datuk direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM500,000, pada Mei tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret kira-kira jam 9.40 pagi.

Turut berada di mahkamah, beberapa penyokong suspek yang hadir memberi sokongan.

Terdahulu, suspek berusia 54 tahun dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 kepada sebuah pejabat daerah dan tanah di negeri ini bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di kawasan Dun berkenaan sedangkan program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Semalam, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan mengesahkan penahanan suspek ketika dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira jam 5 petang.

Sebelum ini, seorang pegawai daerah berusia 59 tahun dan pengerusi majlis belia berusia 38 tahun ditahan pada 13 Januari dan 8 Januari lalu direman bagi membantu siasatan kes sama.

Artikel Berkaitan: