X

Kindly register in order to view this article
!

Bagaimana bil elektrik dikira secara prorata?

Proses pengiraan bil secara prorata telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan telah digunakan oleh syarikat-syarikat utiliti lain di serata dunia.
A
A

ISU bil elektrik yang dikatakan meningkat secara mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkatakan. Pelbagai cerita timbul dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.

Apa yang berlaku sebenarnya? Bil dikatakan tinggi berpunca daripada isu bacaan meter. Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi anda kefahaman mengenai isu ini.

Apa yang perlu anda tahu adalah operasi membaca meter dan penyerahan bil fizikal telah dihentikan sementara waktu ketika PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020.

Mengapa bacaan meter dihentikan? Ia penting untuk menjaga keselamatan para pelanggan dan warga kerja dengan persetujuan Suruhanjaya Tenaga.

Justeru itu, bil anggaran dikira bagi bulan Mac – Mei berdasarkan penggunaan elektrik pada bulan sebelumnya. Salinan bil boleh didapati secara dalam talian (online) iaitu di aplikasi atau portal myTNB (www.mytnb.com.my)

Bagaimanapun, mulai 15 Mei 2020, operasi membaca meter telah disambung semula. Bil sebenar dikeluarkan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik bagi bulan-bulan sebelumnya iaitu bulan Mac hingga Mei. Jumlah bil sebenar mungkin lebih tinggi daripada bil anggaran memandangkan anda berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

Jumlah bil sebenar dan bil anggaran akan diselaraskan walaupun pelanggan telah membayar bil anggaran.

Prinsip Pengiraan Bil Elektrik Secara Prorata

Anda mungkin pernah mendengar bahawa bil anda dikira secara prorata. Apa yang dimaksudkan dengan bil prorata?

Proses pengiraan bil secara prorata telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan telah digunakan oleh syarikat-syarikat utiliti lain di serata dunia.

Contoh pengiraan:

Anda menerima bil elektrik pada 21 Mei 2020 yang mempamerkan penggunaan sebenar elektrik berjumlah

950 kWj. Andaikan bil bulan Mac dan April anda adalah bil anggaran dan tempoh keseluruhan bagi bil

Mac, April dan Mei ialah 91 hari.

Kaedah prorata digunakan bagi memastikan pelanggan tidak dikenakan caj berlebihan. Bagi kes di atas:

• Jumlah 91 hari tempoh bil yang dibahagi dengan 30 hari akan menghasilkan faktor prorata

3.0333 (91/30 = 3.03)

• Terdapat 5 blok tarif bergantung kepada penggunaan elektrik

• Bagi kedua-dua kes di atas, sekiranya pelanggan telah membayar bil anggaran mereka, jumlah amaun yang telah dibayar akan ditolak daripada jumlah keseluruhan seperti di atas

Kaedah prorata yang digunakan oleh TNB telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan jumlah yang lebih rendah dan berpatutan berbanding kaedah tanpa prorata.
Kaedah prorata yang digunakan oleh TNB telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan jumlah yang lebih rendah dan berpatutan berbanding kaedah tanpa prorata.

• Diskaun Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), Cukai Perkhidmatan dan surcaj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) juga akan ditambah/ditolak dari amaun di atas

• Anda akan menerima brosur pengiraan prorata bersama-sama bil fizikal anda

Sekiranya anda mempunyai soalan atau penjelasan mengenai bil elektrik anda:

- Hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454

- E-mel ke [email protected]

- Layari aplikasi atau portal myTNB di www.mytnb.com.my

- Kunjungi Kedai Tenaga berhampiran

- Semak bil menggunakan Kalkulator Bil di laman www.tnb.com.my/prihatin


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus