MAS mohon maaf siar iklan daging babi

Gambar yang tular dimedia sosial.
Gambar yang tular dimedia sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia Airlines (MAS) memohon maaf berhubung promosi makanan yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, Going Places keluaran Januari 2019 dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya menyediakan perkhidmatan penerbangan ke destinasi antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai jenis penumpang.

“Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai sebahagian daripada menu mereka.

“Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepada penumpang daripada seluruh dunia.

"Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang,” katanya.

Semalam, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz Abdul Rahman menyelar insiden promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, disifatkannya sebagai tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'MAS kena jaga kehormatan negara']

Artikel Berkaitan: