Reman kes tetak lelaki dilanjutkan

Laporan Sinar Harian 8 Jun lalu.
Laporan Sinar Harian 8 Jun lalu.
A
A
A

LUMUT - Suspek kes tetak rakan di sebuah rumah di Marina Villa Sabtu minggu lalu disambung reman tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tempoh reman lelaki berusia 20-an itu tamat semalam dan dilanjutkan sehingga 21 Jun bagi melengkapkan siasatan.

“Reman sehingga 21 Jun 2020,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan, mangsa tetak yang juga berusia 20-an masih dirawat di Hospital Seri Manjung.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki parah akibat ditetak rakannya selepas berlaku perselisihan faham berkaitan pembelian insurans di sebuah rumah di Marina Villa di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditahan tetak rakan, rempuh enam kenderaan

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek dikatakan berjanji dengan mangsa untuk berbincang berkaitan pembelian insurans.

Suspek yang melarikan diri dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ke arah Sitiawan dan memandu secara melulu hampir melanggar enam kenderaan lain sebelum ditahan.

Artikel Berkaitan: