Sila log masuk terlebih dahulu.

Tular kanak-kanak positif Covid-19 di Alor Setar palsu

Kisah kanak-kanak positif Covid-19 di Alor Setar yang tular semalam di media sosial.
Kisah kanak-kanak positif Covid-19 di Alor Setar yang tular semalam di media sosial.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan negeri Kedah hari ini menafikan seorang kanak-kanak di Kampung Huma, Padang Hang dijangkiti Covid-19 seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, kisah berkenaan tular di aplikasi WhatsApp serta Facebook dan beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana menimbulkan kegusaran dan panik dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun katanya, pada petang 13 Jun lalu, terdapat satu kes positif Covid-19 dan dimasukkan ke wad Isolasi Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut tetapi keadaannya stabil.

"Mangsa ialah pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan yang pulang bersama ahli keluarga lain melawat neneknya di Alor Janggus, Alor Setar. Punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

"Ketika ini, senarai kontak rapat keluarga dan saudara-mara telah dikenal pasti. Kesemua mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan swab Covid-19 diperoleh.

"Status terkini bilangan kumulatif kes Covid-19 di Kedah masih kekal dengan 96 kes. Masih tiada pertambahan kes baru sejak 20 Mei yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: