X

Kindly register in order to view this article
!

Perak cadang bina Taman Durian Batu Kurau

Abdul Yunus dan Muhammad Amin (kanan) menunjukkan durian musang king yang dieksport ke China di Pusat Pemprosesan Durian di FAMA Batu Kurau.
A
A

LARUT - Kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan daerah Larut Matang dan Selama sebagai hub pengeluaran pelbagai durian dengan membina Taman Durian Batu Kurau.

Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, pembinaan taman di kawasan seluas 100 hektar itu bakal menjadi tumpuan peminat raja buah termasuk pelancong antarabangsa selain dapat melonjakkan ekonomi negeri.

“Kawasan ini (Batu Kurau) sememangnya merupakan kluster durian oleh Kementerian Pertanian sejak lama lagi.

“Perancangan sudah ada dan kerajaan negeri bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk merealisasikan ‘Batu Kurau Durian Park’,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemprosesan Durian untuk Eksport ke China dan Pusat Pengumpulan Ladang di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Batu Kurau di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Perak, Nor Siyenti Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Pusat Pengumpulan Ladang Kampung Sempeneh Cempaka menjadi tumpuan pengunjung untuk dapatkan durian segar.
Pusat Pengumpulan Ladang Kampung Sempeneh Cempaka menjadi tumpuan pengunjung untuk dapatkan durian segar.

Menurutnya, pembinaan taman itu sedang giat dilaksanakan dengan melalui proses pengambilan tanah terlebih dahulu.

“Belum ada (tarikh) spesifik tetapi kini ia dalam proses pengambilan tanah oleh PPPNP untuk dijadikan hub pertanian,” katanya.

Sementara itu, pengeksport durian, Datuk Teoh Seow Chiew menyambut baik cadangan kerajaan negeri bagi membina hub pengeluaran durian itu.

Katanya, durian boleh dijadikan salah satu produk komoditi negara terutama dalam pengeluaran durian jenis musang king dan duri hitam.

“Jika di Raub, Pahang terkenal dengan durian musang king, Daerah Selama ini amat sesuai untuk pengeluaran duri hitam kerana lokasinya yang sesuai dan rasanya sedap.

“Ia juga mendapat permintaan dari negara seperti Australia dan Amerika selain China. Sokongan daripada Jabatan Pertanian dan FAMA dapat membantu memasarkan produk itu,” katanya.

Teoh Seow Chiew
Teoh Seow Chiew

Selain itu, durian kampung tetap menjadi pilihan penggemar raja buah itu apabila Batu Kurau menjadi lokasi pilihan pengunjung untuk mendapatkannya apabila tiba musim buah.

Peminat durian, Muhammad Adib Hasan, 19, berkata, beliau bersama keluarganya sanggup keluar awal pagi bagi mendapatkan raja buah segar dari Kampung Sempeneh Cempaka di sini.

Menurutnya, ia pengalaman kali pertama membeli buah dari pusat pengumpulan ladang tersebut.

"Kami tiba dalam jam 10 pagi tetapi dua jam kemudian baru kami dapat membeli.

“Penantian itu amat berbaloi kerana pekebun akan jual segar dari dusun mereka.

"Selain isinya sedap, mereka menjual ikut kuantiti dan bukan berat buah itu,” katanya yang telah berhabis lebih RM300.

Muhammad Adib Hasan
Muhammad Adib Hasan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!