Azhar Ketua Polis Daerah Kulim baharu

Mohd Yusuf (kiri) secara rasmi menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Kulim kepada Azhar (kanan) sambil disaksikan oleh Zainuddin (tengah) di IPK Polis Kedah, Alor Setar hari ini. - Foto IPK KEDAH
Mohd Yusuf (kiri) secara rasmi menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Kulim kepada Azhar (kanan) sambil disaksikan oleh Zainuddin (tengah) di IPK Polis Kedah, Alor Setar hari ini. - Foto IPK KEDAH
A
A
A

ALOR SETAR - Superitendan Azhar Hashim memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kulim yang baharu hari ini menggantikan Superitendan Mohd Yusuf Shaari yang bersara wajib esok.

Majlis serah terima tugas dilakukan di hadapan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah hari ini.

Zainuddin berkata, pucuk pimpinan telah menaruh keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada Azhar dengan memilih beliau sebagai Ketua Polis Daerah Kulim yang baharu.

Menurutnya, beliau percaya pelantikan ini merupakan keputusan terbaik hasil komitmen dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Azhar selama penugasannya di dalam pasukan.

"Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada pada Tuan Azhar, beliau akan membawa Polis Daerah Kulim ke arah yang lebih cemerlang selepas ini," katanya dalam ucapan penyerahan tugas tersebut hari ini.

Tambah Zainuddin, Polis Kedah juga turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohd Yusuf yang telah membuktikan beliau mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sebagai Ketua Polis Daerah Kulim selama ini.

Dalam program yang sama juga turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) daerah Kulim antara Norida Mat dan Nor Fadzilah Jaafar dengan disaksikan Norrizah Noordin sebagai Pengerusi Perkep Kedah.

Artikel Berkaitan: