30,968 peserta PPP menjelang hujung tahun

Mustapa (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Pengerusi Kami Anak Felda Malaysia, Fakhrurrazi Mohd Habib (dua dari kiri) mengenai ternakan arnab.
Mustapa (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Pengerusi Kami Anak Felda Malaysia, Fakhrurrazi Mohd Habib (dua dari kiri) mengenai ternakan arnab.
A
A
A

TAMPIN - Kerajaan menyasarkan seramai 30,968 peneroka Felda melalui penyertaan dalam Program Pembangunan Peneroka (PPP) menjelang hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika ini projek perintis PPP yang melibatkan komuniti tersebut sedang giat dilaksanakan di Felda Bukit Rokan.

Menurutnya, projek rintis melibatkan 200 peserta itu telah bermula sejak penghubung tahun lalu yang telah mencapai kemajuan kerja sebanyak 65 peratus pada fasa pertama.

"Projek rintis di tanah seluas 31.16 hektar ini membabitkan sektor pertanian dan penternakan antaranya arnab pedaging, cili fertigasi sayur berdaun, cendawan dan sayur berdaun," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja ke Felda Bukit Rokan, Wilayah Raja Alias di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, daripada RM250 juta peruntukan yang disediakan kerajaan bagi PPP seluruh negara, RM10 juta diperuntukkan bagi projek PPP di Felda Bukit Rokan.

Menerusi PPP katanya, golongan peneroka mampu mempertingkatkan taraf kehidupan serta berupaya mencipta rangkaian ekonomi negara.

"Kejayaan projek PPP di sini akan menjadi contoh kepada peserta lain untuk berdaya saing menambah pendapatan selain tidak hanya bergantung kepada hasil tanaman getah dan kelapa sawit.

Artikel Berkaitan:

"Koperasi Permodalan Felda (KPF) berperanan dalam membantu memasarkan hasil yang diusahakan peneroka dalam projek PPP ini," katanya.