Cari pelapis muda urus jenazah

Fasilitator menunjukkan cara yang betul untuk menguruskan jenazah.
Fasilitator menunjukkan cara yang betul untuk menguruskan jenazah.
A
A
A

JITRA - Pertubuhan Komuniti Padang Panjang@Bukit Wang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menganjurkan kursus pengurusan jenazah di Pusat Aktiviti Masyarakat di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Komuniti Padang Panjang@Bukit Wang, Muhamad Sahabudin Senawi, 51, berkata, seramai 63 peserta terdiri daripada penduduk setempat lelaki dan wanita menyertai kursus berkenaan.

Katanya, program ini untuk mengetengahkan muka-muka baharu dalam ilmu pengurusan jenazah.

"Ini supaya peserta kursus yang muda-muda ini dapat menghulurkan bantuan ketika adanya kematian di kampung mereka," katanya.

Menurutnya, ia juga memberi peluang kepada peserta muda lelaki di mana JHEAIK mempelawa mereka bekerja untuk menguruskan jenazah di hospital.

"Ini satu peluang yang perlu dimanfaatkan peserta program dan saya harap ia dapat menarik minat lebih ramai peserta lagi selepas ini," katanya.

Artikel Berkaitan: