JBPM iktiraf keberanian Nur Ain

Nur Ain Fitri (kanan) ketika menerima sijil penghargaan khas dari JBPM di Putrajaya yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid.
Nur Ain Fitri (kanan) ketika menerima sijil penghargaan khas dari JBPM di Putrajaya yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid.
A
A
A

PASIR MAS - Air matanya bergenang bukan kerana kesedihan terkenang kejadian kebakaran kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada malam 8 Oktober tahun lalu yang mengakibatkan dia dan keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Namun, air mata Nur Ain Fitri Abdul Rahman, 17, itu tumpah apabila keberaniannya menyelamatkan seluruh keluarga daripada rentung mendapat pengiktirafan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Nur Ain Fitri, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim 2 menerima sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid.

Nor Ain Fitri ketika ditemui berkata, dia terkejut dan terharu selepas diberitahu untuk menerima sijil penghargaan khas dari JBPM di Putrajaya diatas tindakan beraninya itu.

"Pengiktirafan yang diterima oleh saya adalah tertinggi setakat ini.

"Apa yang saya lakukan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kepada keluarga," katanya.

Ini merupakan kali ketiga keberanian Nur Ain Fitri mendapat pengiktirafan.

Sebelum ini, Pertubuhan Kebajikan Sosial Anak Meranti (Perkam) dan JBPM Kelantan telah menganugerahkan sijil penghargaan diatas keberanian Nur Ain Fitri itu.

Artikel Berkaitan:

Nur Ain berkata, penghargaan itu amat besar ertinya dan dia berterima kasih kepada pihak JBPM diatas apa yang telah diberikan ini.

Katanya, dia berharap usaha itu menjadi contoh kepada orang lain untuk turut berbuat demikian.

Nur Ain berkata, apa yang dilakukannya itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya keatas keluarga.

Katanya, pengiktirafan itu menjadi motivasi kepadanya untuk membantu orang ramai selepas ini.

Sinar Harian 10 Oktober lalu melaporkan ketenangan seorang gadis yang bertindak mengejutkan semua ahli keluarga berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung selepas kuarters KTMB Pasir Mas terbakar.

Dalam kejadian jam 9.55 malam itu, Nur Ain Fitri yang baharu sahaja hendak melelapkan mata dikejutkan dengan bau hangit dan kemudian terus menyelamatkan keluarganya daripada rentung.Ini merupakan kali ketiga keberanian Nur Ain Fitri mendapat pengiktirafan.