Tolak pemimpin duri dalam daging: Barirah

Ketua Biro Kemasyarakatan Wanita PKR Pahang, Barirah Mokhtar.
Ketua Biro Kemasyarakatan Wanita PKR Pahang, Barirah Mokhtar.
A
A
A

KUANTAN - Tindakan Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Dr Daroyah Alwi yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam disifatkan sebagai mengikut jejak langkah beberapa ahli dan pemimpin sebelumnya yang mengkhianati parti.

Ketua Biro Kemasyarakatan Wanita PKR Pahang, Barirah Mokhtar berkata, pihaknya bagaimanapun menerima dengan hati terbuka perkara tersebut kerana sudah menjangkakannya lebih awal sebelum pengumuman dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa itu.

Menurutnya, Wanita PKR Pahang juga menolak pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti dengan menyifatkan pengumuman keluar parti oleh Dr Daroyah sebagai proses pemutihan bagi menyahkan unsur-unsur khianat untuk memperkukuhkan kepimpinan dan taat setia kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita sebenarnya menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang usaha pengkhianatan oleh mereka yang kekal dalam parti kerana mereka inilah yang menjadi duri dalam daging," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - ADUN Sementa umum keluar PKR

Dalam masa sama, beliau berkata, Wanita PKR Pahang termasuk 11 ketua wanita cabang dan Srikandi Keadilan berikrar untuk terus kekal bersama-sama PKR.

Menurutnya, matlamat parti tidak pernah goyah kerana kepimpinan sedia ada mempunyai kualiti dan kredibiliti untuk terus memacu sayap parti itu terus ke hadapan di bawah Anwar dan Fuziah Salleh sebagai Pengerusi PKR Pahang.

"Jadi, Wanita PKR akan terus memperkuatkan dan memperkukuhkan saf kepimpinan wanita serta Srikandi Keadilan di dalam usaha-usaha bersama mendepani isu rakyat yang menjadi agenda kami," katanya.

Artikel Berkaitan: