Lapan remaja tiru aksi 'superman' ditahan

Aksi yang dilakukan oleh salah seorang penunggang motosikal.
Aksi yang dilakukan oleh salah seorang penunggang motosikal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan remaja lelaki menunggang motosikal dengan aksi 'superman' menerima padah apabila ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua lapan lelaki berusia lingkungan 16 hingga 22 tahun itu didapati menunggang motosikal secara berbahaya, selain bersaing sesama sendiri.

Beliau berkata, kesemua remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Empat daripada individu yang ditahan itu tidak mempunyai lesen memandu, motosikal yang dinaiki pula telah diubah suai untuk menambah kelajuan serta menggunakan tayar motosikal yang lebih kecil dan tidak memiliki cermin sisi,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan.
Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan.

Dalam kes berasingan, Zulkefly berkata, seramai empat pemandu kenderaan berusia 31 hingga 60 tahun ditahan kerana disyaki mabuk dalam sekatan jalan raya Op Mabuk yang dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pihaknya turut mengeluarkan 282 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam sekatan jalan raya Op Motosikal di Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, sebanyak 13 motosikal telah disita untuk tujuan pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana membuat pengubahsuaian yang boleh mendatangkan bahaya.

Artikel Berkaitan:

“Seorang lelaki ditangkap kerana gagal memberi keterangan berkaitan motosikal ditunggangnya tidak mempunyai rekod dalam sistem JPJ,” katanya.