Lelaki mabuk ditahan selepas kemalangan

Lelaki berkenaan menjalani ujian pernafasan di IPD Port Dickson.
Lelaki berkenaan menjalani ujian pernafasan di IPD Port Dickson.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan polis selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain berhampiran lampu isyarat Dataran Segar di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 27 tahun yang berasal dari Melaka itu memandu kereta jenis Honda City secara sendirian.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi dalam jam 10.45 malam, dia didakwa telah menghimpit sebuah kenderaan jenis sama dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 sehingga menyebabkan kemalangan. Namun, masing-masing tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bertindak atas maklumat kemalangan dan pemandu mabuk sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson yang sedang menjalankan Op Mabuk telah ke lokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidi Sham
Aidi Sham

Mengulas lanjut, Aidi Sham berkata, pemandu berusia 27 tahun itu telah diarahkan menjalani ujian saringan pernafasan menggunakan alat SD2+ dan bacaan adalah 199 mg alkohol dalam 100 ml darah.

"Dia kemudiannya dibawa ke pejabat Trafik IPD Port Dickson bagi menjalani sekali lagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA-11 dan bacaan menunjukkan kandungan alkohol 124 mg alkohol dalam 100 ml darah.

"Seterusnya dia ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: