Tiga pemandu mabuk ditahan

Anggota polis trafik sedang menjalankan ujian kandungan alkohol ke atas pemandu kenderaan.
Anggota polis trafik sedang menjalankan ujian kandungan alkohol ke atas pemandu kenderaan.
A
A
A

PETALING JAYA – Seramai tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol semasa Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah dijalankan sekitar Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 370 pengguna jalan raya dan 355 kenderaan.

“Daripada jumlah itu seramai tiga lelaki berusia 26 hingga 45 telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

"Kita juga telah mengeluarkan 15 saman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi diadakan bertujuan untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Hasil tinjauan menunjukkan masih ada pengguna jalan raya yang mengambil minuman keras sebelum memandu atau menunggang kenderaan.

"Operasi sebegini akan dilaksanakan secara berterusan demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Nik Ezanee memaklumkan, tiga individu yang ditahan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 45 (A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.