Budak lemas dalam kolam ikan

Lokasi di mana kanak-kanak berkenaan ditemui lemas oleh bapanya.
Lokasi di mana kanak-kanak berkenaan ditemui lemas oleh bapanya.
A
A
A

KULIM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui lemas dalam kolam ikan di tempat kerja bapanya di Kampung Telok Sera, Padang Serai di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika bapa mangsa yang juga seorang tukang kebun baru selesai makan tengah hari.

Menurutnya, bapanya kemudian dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya berusia 10 tahun bahawa adiknya terjatuh ke dalam kolam.

"Bapa mangsa kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan ternampak anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kolam ikan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudian terjun ke kolam dan menaikkan mangsa ke tebing.

"Bantuan pernafasan turut diberikan bagaimanapun, tiada tindak balas daripada anaknya.

"Majikan bapanya yang berada di situ mengambil keputusan untuk menghantar mangsa ke Hospital Kulim," katanya.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa dipercayai lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: