X

Kindly register in order to view this article
!

Aktivis berhaluan kanan, peserta demonstrasi antirasisme bertempur

Aktivis berhaluan kanan berkonfrontasi dengan polis di Dataran Parlimen. Foto: Agensi
A
A

LONDON - Lebih 100 orang ditahan di pusat bandar London di Britain semalam ketika polis bergelut untuk menyuraikan pertempuran antara penunjuk perasaan antirasisme dan kumpulan berhaluan kanan.

Ketika penyokong Black Lives Matter berkumpul di Hyde Park, sekumpulan orang sebahagian daripada mereka aktivis berhaluan kanan berkumpul di Dataran Parlimen untuk melindungi arca patung gangsa.

Walaupun kedua-dua kumpulan diberi amaran supaya bersurai pada jam 5 petang (waktu tempatan) tetapi rakaman televisyen memaparkan visual beberapa peserta melayangkan tumbukan, melempar botol dan bom asap ke arah anggota polis bertugas, selain bergaduh dengan pihak lawan.

Di Dataran Parlimen, beberapa individu melemparkan botol dan tin ke arah pegawai polis.

Polis Metropolitan menahan lebih 100 penunjuk perasaan menjelang jam 8 malam (waktu tempatan) kerana bertindak ganas, menyerang pegawai bertugas dan memiliki senjata terlarang.

Enam anggota polis disahkan mengalami kecederaan ringan susulan kejadian.

Perdana Menteri, Boris Johnson dalam ciapan di Twitter berkata: "Sesiapa yang menyerang polis akan dikenakan tindakan undang-undang. Perarakan dan tunjuk perasaan ini telah dicemari oleh keganasan dan melanggar garis panduan semasa. Tiada tempat untuk perkauman di UK dan kita mesti bekerjasama untuk menentangnya." - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf