Naik taraf hidup jadi lebih baik

Kok Seong (dua, kanan) ketika merasmikan Program KITAR3cyle, semalam.
Kok Seong (dua, kanan) ketika merasmikan Program KITAR3cyle, semalam.
A
A
A

BAHAU- Kerjasama penduduk dengan SWM Environment Sdn Bhd diharap dapat dikekalkan dalam usaha mengurangkan janaan sisa kitar semula ke tapak pelupusan sampah.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong berkata, usaha antara lain bertujuan memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah tapak pelupusan sampah.

“Sebagai menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam membudayakan amalan kitar semula Program KITAR3cyle telah dilancarkan oleh SWM Environment.

“Usaha ini dilihat mampu mendidik dan menaik taraf budaya kehidupan yang lebih baik, sistematik, teratur dalam soal pengurusan sampah dan aktiviti kitar semula seiring dengan pembangunan sedia ada,” katanya selepas menyempurnakan Majlis KITAR3cyle di Taman Meranti, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Norlisam Mohd Nordin dan Yang Dipetua Majlis Daerah Jempol, Raja Norazli Raja Nordin.

KITAR3cycle menggunakan mekanisme pemberian mata ganjaran kepada penduduk yang melakukan pengumpulan barang kitar semula.

Mata ganjaran dikumpulkan boleh ditukarkan dengan barangan ataupun baucar membeli-belah di pasar raya terpilih.

Program yang dimulakan sejak September tahun lalu itu telah dilaksanakan di lima buah taman perumahan sekitar Seremban dan Port Dickson.

Artikel Berkaitan:

Kok Seong berkata, beliau yakin program dapat mewujudkan komuniti prihatin terhadap alam sekitar serta mampu menguruskan sisa dijana dengan baik dan berhemah.

“Kerajaan negeri memandang serius soal kebersihan dan alam sekitar serta menyambut baik usaha SWM Environment ini dalam menggalakkan masyarakat lebih aktif melaksanakan amalan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian,” katanya.