Pekerja stesen minyak cedera akibat kebakaran tangki petrol

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH- Dua pekerja lelaki cedera dalam kebakaran melibatkan tangki simpanan petrol di bawah tanah sebuah stesen minyak mini SMART di Jalan Felda Trolak Utara, Sungkai dekat sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.26 malam.

"Kami segera mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bagi kerja memadamkan kebakaran.

Ketika kejadian, pekerja berkenaan sedang melakukan kerja di kawasan tangki simpanan petrol berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dua pekerja itu yang melecur di kaki dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut. Katanya kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam api namun pihak bomba masih melalukan pemantauan di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: