Kepala kanak-kanak tersangkut dalam periuk

Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selepas kepalanya tersangkut di dalam sebuah periuk ketika sedang bermain di kediamannya di Rajkot, India kelmarin.
Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selepas kepalanya tersangkut di dalam sebuah periuk ketika sedang bermain di kediamannya di Rajkot, India kelmarin.
A
A
A

NEW DELHI - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selepas kepalanya tersangkut di dalam sebuah periuk ketika sedang bermain di kediamannya di Rajkot, India kelmarin.

Jurucakap Hospital Sir Takhtasinhji, Priyanshi Vala berkata, kanak-kanak berusia setahun itu dikejarkan ke hospital berkenaan oleh kedua ibu bapanya pada pagi Jumaat dalam keadaan kesakitan.

Katanya, menurut ibu bapa mangsa, selepas beberapa minit mencuba, kepala kanak-kanak itu gagal dikeluarkan daripada periuk tersebut hingga menyebabkan dahinya cedera.

"Usaha kami melepaskan kepalanya dari periuk itu sangat sukar.

"Bagaimanapun, ia berjaya dikeluarkan selepas mendapatkan bantuan daripada seorang peniaga perkakas dapur yang bertindak memotong periuk itu menggunakan alat pemotong," katanya.

Difahamkan, keadaan kanak-kanak itu kini stabil dan sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: