Covid-19 masih jauh daripada berakhir

Polis mengawal pasar Xinfadi, Beijing pada 13 Jun lalu. - Foto AFP
Polis mengawal pasar Xinfadi, Beijing pada 13 Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

SEKATAN perjalanan yang dikenakan di sebahagian tempat di Beijing, China semalam bagi menghalang penularan kluster baharu koronavirus menyerlahkan kebimbangan tentang cabaran-cabaran yang menanti pada masa depan.

Kebimbangan itu berlaku walaupun terdapat beberapa tempat yang dilanda pandemik itu kini sedang berada dalam kawalan pihak berkuasa.

Kemunculan kluster baharu itu berlaku ketika Brazil diisyitiharkan berada di tempat yang tidak menyenangkan iaitu mempunyai bilangan penduduk kedua tertinggi meninggal dunia di belakang Amerika Syarikat (AS).

Ia juga muncul selepas tiada tanda-tanda kadar jangkitan penyakit tersebut akan bergerak perlahan di Amerika Latin.

Selepas Covid-19 pertama dikesan di tengah China pada tahun lalu, negara terbesar Asia itu telah menghapuskan pengaliran kemasukan penduduk melalui sempadan negaranya.

Negara itu melaksanakan sekatan pergerakan yang terlalu ketat yang kemudian diikuti seluruh dunia.

Namun, pemerintah mengumumkan enam kes domestik baharu kebanyakannya mempunyai kaitan dengan sebuah pasar daging di selatan Beijing.

Penduduk dipaksa berada di dalam rumah di sejumlah kawasan perumahan berdekatan menjadikan ia sebagai satu langkah ke belakang dalam usaha memastikan kehidupan bandar raya tersebut kembali ke tahap yang normal.

Artikel Berkaitan:

Beberapa pegawai berkata, daerah tersebut telah menubuhkan satu mekanisme bagi menghadapi peperangan menentang pandemik baharu itu dan pusat kawalan pemerintahan untuk menghadapinya.

Penubuhan itu berlaku ketika anggota polis separa tentera dilihat berada di sekitar pasar tersebut dan kempen saringan secara besar-besaran terhadap kluster tersebut diumumkan.

Di seluruh dunia, pandemik itu telah membunuh lebih 425,000 orang dan menjangkiti lebih 7.6 juta selain ia turut merosakkan ekonomi pada skala yang besar.

Amerila Latin pula muncul sebagai pusat terbaru penyakit berkaitan pernafasan itu.

Penyakit itu dipercayai telah menjangkiti daripada haiwan kepada manusia di sebuah pasar di China yang menjual haiwan hidupan liar.

Kementerian Kesihatan Brazil merekodkan 908 kematian dalam tempoh 24 jam baru- baru ini, meletakkan jumlah yang meninggal dunia secara keseluruhan ialah 41,828 orang.

"Beberapa kawasan berada dalam peringkat yang kritikal di Brazil dengan kadar pesakit di unit rawatan rapi adalah lebih 90 peratus, kata Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mike Ryan kepada pemberita di Geneva.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang mengancam akan meletakkan jawatan pada minggu lalu dan mahu berundur daripada WHO berhubung ideologi berat sebelah telah menolak dakwaan bahawa virus tersebut ialah selesema kecil dan mengecam beberapa pegawai kerajaan yang melaksanakan sekatan perjalanan.

Beberapa pegawai kesihatan dunia memberi amaran bahawa virus itu terlalu jauh untuk dikawal.

"Perjuangan masih belum berakhir," kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam minggu ini.

Di Amerika Syarikat (AS), negara yang mempunyai bilangan pesakit paling ramai iaitu melebihi 114,000 orang dan lebih daripada 12 buah negeri termasuk dua buah yang penduduk paling ramai, Texas serta Florida melaporkan jumlah kes harian tertingginya pada minggu ini.

"Adalah penting kita mengingati situasi ini tidak pernah berlaku dahulu. Pandemik itu juga tidak akan berakhir," kata Pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan, AS,Robert Redfield kepada media pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Presiden AS, Donald Trump dan kebanyakan pegawai tempatan kekal berazam untuk menjadikan negara ekonomi terbesar di dunia itu kekal semula berada di landasan betul.

Virus itu dan hasil daripada sekatan perjalaan akibat perintah berkurung telah menyebabkan bilangan yang menganggur meningkat.

Sebanyak 44.2 juta orang telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan elaun menganggur sejak pertengahan Mac lalu.

Benua Eropah kini sedang meneruskan dasarnya yang telah keluar daripada sekatan perjalanan.

Anggota-anggota pihak berkuasa berjumpa dengan penjual daging di pasar borong Xinfadi, Beijing baru-baru ini. - Foto AFP
Anggota-anggota pihak berkuasa berjumpa dengan penjual daging di pasar borong Xinfadi, Beijing baru-baru ini. - Foto AFP

Sejumlah negara di benua itu bersedia membuka sempadan negara tetapi dengan kawalan dihadkan bermula pada 15 Jun ini selepas Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) mendesak pergerakan dilonggarkan.

Perancis berkata, ia akan membuka sempadan negara secara beransur-ansur kepada negara-negara bukan Schengen bermula pada bulan depan.

Negara-negara Schengen terdiri daripada 26 buah negara EU.

Nama Schengen diberikan berdasarkan satu perjanjian yang menghapuskan penggunaan pasport antarabangsa di Eropah pada tahun 1985.

Jerman menyatakan ia akan menamatkan pemeriksaan sempadan pada 15 Jun ini.

Seorang pekerja kesihatan mengambil sampel terhadap seorang wanita dalan ujian Covid-19 di Wuhan, China pada 13 Mei lalu. - Foto AFP
Seorang pekerja kesihatan mengambil sampel terhadap seorang wanita dalan ujian Covid-19 di Wuhan, China pada 13 Mei lalu. - Foto AFP

Greece berkata, ia akan mengalu-alukan kedatangan pelancong walaupun warga Britain masih kekal dilarang memasuki negara tersebut.

Para pelancong dari Itali, Sepanyol dan Belanda pula perlu menjalani ujian kesihatan semasa tiba di Greece.

Di beberapa negara Eropah, fokus kini telah berubah ke mahkamah dan siapa yang patut dipersalahkan berikutan krisis kesihatan global dan kewangan.

Sementara itu, di Itali, salah sebuah negara yang teruk dilanda virus tersebut, pihak pendakwa raya menyoal siasat Perdana Menteri Giuseppe Conte berhubung tindakan awal kerajaannya.

Di utara wilayah Lombardy, utara negara tersebut, satu siasatan telah dilancarkan bagi mengetahui kenapa sebuah kawasan zon merah tidak dikuatkuasakan.

Seramai 50 keluarga mangsa Covid-19 pula memfailkan aduan pada minggu ini berhubung cara krisis tersebut dikendalikan.

"Semua siasatan dialu-alukan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui dan kami mempunyai hak bagi membuat kenyataan balas," kata Conte dalam minggu ini.

Sementara itu, syarikat British Airways, EasyJet dan Ryanair melancarkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan British berhubung 'kecacatan' selama 14 hari dalam sistem kuarantin koronavirus yang diperkenalkan dalam minggu ini. - AFP