Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini

Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar. - Foto Bernama
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tiada kesesakan dilaporkan biarpun masuk hari keempat perjalanan rentas negeri dibenarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan ketika ini.

“Semuanya lancar, tiada kesesakan di mana-mana tempat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, wartawan Bernama turut menyertai Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia melakukan pemantauan udara susulan pengumuman tiada lagi halangan pergerakan semasa tempoh PKPP.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar bandar raya dan lebuh raya utama sejak pagi tadi mendapati tiada kesesakan di jalan keluar termasuk di plaza tol. - Bernama

Artikel Berkaitan: