Seorang maut, tiga parah kereta bertembung

Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit dan kesemua mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan. FOTO: JBPM Kedah.
Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit dan kesemua mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan. FOTO: JBPM Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang maut, tiga cedera parah manakala dua lagi cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki bertembung dalam kemalangan di Kampung Titi Batu, Batu 18, dekat Yan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.23 petang sebelum tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

"Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Iswara dan Proton Iriz. Pemandu Proton Iriz iaitu lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia manakala penumpang hadapan kenderaan itu, lelaki berusia 30 tahun cedera parah.

"Sementara itu, lelaki berusia 21 tahun yang memandu Proton Iswara dan penumpang hadapan wanita berusia 20 tahun tersepit dan mengalami cedera parah.

"Dua lagi lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang duduk di bahagian belakang kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Iswara dan Proton Iriz, FOTO: JBPM Kedah.
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Iswara dan Proton Iriz, FOTO: JBPM Kedah.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit dan kesemua mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: