Waktu operasi kaunter LHDN di KL dari 8 pagi hingga 4.30 petang

LHDN
LHDN
A
A
A

PUTRAJAYA - Waktu operasi kaunter pusat bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk semua jenis perkhidmatan di Kuala Lumpur bagi urusan secara tunai dan selain tunai dari Isnin hingga Jumaat adalah bermula dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, bagi pusat bayaran di Kuching dan Kota Kinabalu pula, urusan bayaran secara tunai bermula jam 8 pagi hingga jam 3.30 petang dari Isnin hingga Jumaat manakala bayaran selain tunai adalah dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan platform media sosial rasmi LHDN di Facebook serta Twitter. - Bernama

Artikel Berkaitan: