Messi, Suarez sedia berdepan Mallorca

Messi (kiri) dan Suarez -Foto Getty Images
Messi (kiri) dan Suarez -Foto Getty Images
A
A
A

KETUA jurulatih Barcelona, Quique Setien mengesahkan kedua-dua pemain The Catalans, Lionel Messi and Luis Suarez telah bersedia untuk berdepan Real Mallorca di Son Moix, hari ini.

Setien berkata, dia gembira dengan tahap kecergasan Messi, namun agak khuatir dengan tahap kecergasan Suarez bagi berdepan perlawanan berkenaan.

Menurutnya, kecergasan Messi adalah keutamaan pasukan dan sejak kembali menjalani latihan baru-baru ini penyerang Argentina itu dilihat cergas dan tidak mengalami sebarang kecederaan untuk diturunkan.

"Dia (Messi) dilihat bersedia untuk beraksi, dia dalam keadaan yang baik. Dia berlatih dan memang tidak ada masalah (kecederaan, kecergasan).

"Messi dan kesebelasan pemain lain, tahu bagaimana untuk untuk mengawal keadaan khususnya 'menyimpan tenaga' apabila diperlukan.

"Setelah 'berehat' kita akan saksikan kerana bagi sesetengah pemain, lebih lama berada di atas padang, ia lebih baik untuk mereka," katanya.

Untuk rekod, Barca kembali ke saingan La Liga esok bagi berdepan Mallorca di Son Moix setelah saingan liga berkenaan ditangguhkan sejak Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Barca kini gah di puncah La Liga dengan kelebihan dua mata berbanding pencabar terdekat, Real Madrid yang bakal berdepan Eibar Ahad ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu mengulas mengenai Suarez, Setein berkata, penyerang Uruguay berkenaan sebenarnya mengalami kecederaan lutut sebelum pandemik Covid-19; namun kini dia telah kembali menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan.

Bagaimanapun Setien berkata, dia masih sangsi dengan kecergasan Suarez, apatah lagi setelah kembali ke Barcelona setelah 'berehat' agak lama.

"Suarez tidak akan beraksi berdepan Mallorca. Jika beraksi pun, dia tidka diturunkan dalam kesebelasan utama dan yang pasti juga bukan untuk tempoh selama 90 minit.

"Kita tidak mahu mengambil risiko setelah lima bulan. Lagi pun, ia bagus untuknya kerana ia memerlukan lebih banyak perlawanan untuk kembali ke tahap prestasi seperti sebelum ini," katanya.