RM4j setahun baiki jalan rosak

Masalah jalan rosak di laluan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring berlanjutan sejak sekian lama gara-gara lori yang bawa mayang bijih besi secara berlebihan. Gambar kecil, Alif Zuwairi.
Masalah jalan rosak di laluan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring berlanjutan sejak sekian lama gara-gara lori yang bawa mayang bijih besi secara berlebihan. Gambar kecil, Alif Zuwairi.
A
A
A

TASIK KENYIR - Masalah kerosakan jalan bagi laluan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring bukanlah isu baharu bagi penduduk kampung serta pengguna, sebaliknya telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Malah, masalah yang berpunca daripada lori bijih besi itu bagai tiada titik nokhtah sehingga kini meskipun kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki jalan dijalankan saban tahun bagi atasi kerosakan.

Kedegilan segelintir operator lori patuhi peraturan had muatan menjadi faktor kerosakan jalan di laluan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring.
Kedegilan segelintir operator lori patuhi peraturan had muatan menjadi faktor kerosakan jalan di laluan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring.

Biarpun penguatkuasaan telah dilaksanakan pihak berkaitan, namun segelintir operator lori tetap berdegil dan tiada rasa tanggungjawab kerana tetap membawa muatan bijih besi secara berlebihan.

Hanya kerana kedegilan itu, jutaan ringgit dibelanjakan kerajaan setiap tahun bagi baiki dan selenggara laluan alternatif untuk ke Simpang Pulai, Perak; Gua Musang, Kelantan serta Cameron Highlands, Pahang itu.

Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu, Alif Zuwairi Baharuddin berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM4 juta setahun bagi menyelenggara dan membaiki jalan rosak di laluan berkenaan.

"Laluan ini dibuka pada tahun 2006 dan sejak itu masalah kerosakan jalan berlaku sehingga terus berlanjutan hingga kini disebabkan ada dalam kalangan operator lori yang tidak patuhi peraturan libatkan had muatan.

"Setiap tahun kos tinggi dikeluarkan untuk baik pulih serta selenggara kerosakan dan terus meningkat saban tahun.Tahun lepas sahaja sekitar RM4juta dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kenderaan yang membawa muatan lebih 53 tan menyumbang kepada kerosakan teruk jalan.Jika tidak dibaiki, undang risiko kemalangan selain membahayakan pengguna terutama terutamanya waktu malam

"Tentunya diharapkan operator lori dapat patuhi peraturan agar masalah ini tidak terus berlanjutan sekaligus tidak membahayakan pengguna serta penduduk beberapa buah kampung di laluan ini," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut mengawasi keadaan cerun di laluan jalan tersebut selain telah kenalpasti tiga lokasi punyai risiko tanah runtuh yang sebahagian dalam kontrak baikpulih iaitu di Seksyen 73 dan Seksyen 53.

Sementara itu, untuk rekod laluan berkenaan sepanjang lebih kurang 74 kilometer dan selain laluan utama ke Tasik Kenyir terdapat beberapa buah kampung seperti Kuala Jeneris, Basung, Pasir Dula serta Sungai Gawi.

Kehadiran lori-lori yang membawa muatan bijih besi secara berlebihan tidak hanya mengakibatkan kerosakan jalan tetapi turut undang ancaman keselamatan kepada penduduk kampung terlibat.