Cedera terbabas langgar bulatan

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang terlibat.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang terlibat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya terbabas setelah melanggar bulatan di Bulatan Jalan Midah 2 di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Pegawai Bomba Kanan ll, Mohd Rosuhili Mohd Taharim berkata, pihaknya menerima panggilan maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 4.44 pagi.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang telah melanggar bulatan di Bulatan Jalan Midah 2," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki dewasa berusia 20-an cedera akibat rempuhan.

"Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: