X

Kindly register in order to view this article
!

MAIS beroperasi sepenuhnya mulai Isnin ini

MAIS dalam kenyataannya memaklumkan akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin ini.
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) beroperasi seperti biasa mulai Isnin ini.

MAIS dalam kenyataannya memaklumkan, waktu urusan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

"Waktu rehat pula pada jam 1 tengah hari hingga jam 2 petang pada Isnin hingga Khamis dan jam 12.15 tengah hari hingga jam 2.45 petang pada hari Jumaat.

"Kami amat menghargai sokongan dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang ingin menyelesaikan pelbagai urusan bersama MAIS," kata kenyataan itu hari ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS, bolehlah melayari laman web rasmi di www.mais.gov.my.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!