Mapim cadang pesakit Covid-19 mengundi awal

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencadangkan supaya pesakit wabak koronavirus (Covid-19) sewajarnya diberi peluang mengundi awal di hospital dan tidak perlu beratur panjang di pusat mengundi.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, 4 Julai hadapan perlu diadakan mengikut normal baharu dan disesuaikan dengan keadaan Covid-19 yang masih belum reda.

“Mengikut data mungkin pesakit Covid-19 yang layak mengundi tidak ramai. Namun hak mereka tetap tidak boleh dinafikan.

“Oleh itu prosedur operasi standard (SOP) yang tidak mendedahkan mereka kepada khalayak ramai perlu diadakan dan bagi pesakit Covid-19 yang kronik perlu mendapat nasihat daripada doktor,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya menyokong langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan SOP khas membenarkan pesakit Covid-19 mengundi pada PRK DUN Chini.

Bagaimanapun, Azmi berkata, SOP yang ditetapkan itu perlu dipatuhi bermula daripada proses berkempen sehinggalah ketika pengumuman keputusan.

“SOP perlu bermula daripada tempat berhimpun ketika kempen, garis panduan calon berkunjung ke tempat orang ramai dan rumah ke rumah, ketika penamaan calon, tempat mengundi dan apabila keputusan diumumkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: