X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar tiada internet, cikgu redah pergunungan ke rumah murid

Henrikus Suroto yang menungang motosikal tiba untuk mengajar di rumah muridnya di Magelang, Jawa Tengah baru-baru ini. - Foto AFP
A
A

SEORANG guru sekolah, Henrikus Suroto berikrar murid-muridnya tidak akan terlepas daripada pendidikan walaupun pandemik global memaksa sekolah-sekolah ditutup di kawasan pedalaman Indonesia, Kampung Kenalan.

Sehubungan itu, dia dengan berani sanggup menempuh kawasan pergunungan dan lereng bukit yang curam untuk menemui komuniti petani miskin di Jawa Tengah.

Bukan sahaja Suroto sanggup menghadapi risiko kematian akibat Covid-19, tetapi dia juga melanggar arahan kerajaan supaya tidak mengadakan kelas secara bersemuka bagi mengelak penularan pandemik itu.

Kelas-kelas online pastinya tidak akan dapat dilaksanakan ketika ini berikutan kekurangan perkhidmatan internet di negara tersebut.

Internet dianggap sebagai perkhidmatan mewah dengan beberapa buah keluarga sahaja mampu menggunakannya di kawasan tersebut.

"Tidak ada seorang pun yang memaksa saya untuk melakukannya. Ia umpama seperti terdapat sesuatu dalam diri saya supaya melakukannya (mengajar)," katanya yang berumur 57 tahun kepada AFP.

"Saya berasa sedikit bersalah kerana melanggar arahan untuk mengadakan kelas online. Namun, realitinya adalah ia (kemudahan pengajaran online) tidak mudah untuk dilaksanakan di sini.

"Satu-satu penyelesaian adalah untuk berada terlalu dekat dengan para pelajar dengan mengadakan pembelajaran dari rumah ke rumah," tambahnya.

Suroto merupakan seorang daripada sejumlah kecil guru yang meredah bentuk muka bumi yang berbahaya dan cuaca buruk di negara berkenaan.

Dia mengambil risiko terdedah kepada penyakit Covid- 19 semata-mata untuk menemui para pelajar di negara keempat penduduk teramai di dunia itu.

Guru-guru menunggang motosikal untuk mengajar murid-murid mereka di Magelang, Jawa Tengah. - Foto AFP
Guru-guru menunggang motosikal untuk mengajar murid-murid mereka di Magelang, Jawa Tengah. - Foto AFP

Hampir 70 juta kanak-kanak dan golongan muda terjejas berikutan sekolah-sekolah ditutup pada pertengahan Mac lalu.

Ketika pandemik tersebut telah mencetuskan ledakan dalam pengajaran secara online, terutamanya di negeri-negeri kaya, kira-kira 270 juta penduduk tidak mempunyai akses kepada internet atau dalam beberapa kes melibatkan kemudahan bekalan elektrik.

Suroto dan lain-lain guru Indonesia berkata, mereka memakai pelitup muka tetapi ancaman untuk menjadi sakit atau dijangkiti Covid-19 daripada pelajar tetap ada.

Avan Fathurrahman iaitu seorang pengajar sebuah sekolah rendah di Madura, Jawa dan dia telah menulis satu kenyataan tentang pengalamannya di Facebook.

Kenyataannya itu kini telah menjadi viral di internet.

Dia kini mengaku menjadi takut apabila jatuh sakit.

"Saya tidak akan berasa selesa tinggal di rumah apabila mengetahui para pelajar saya tidak dapat belajar dengan sempurna," tambahnya.

Walaupun kerajaan meminta pembelajaran dilakukan secara online, program pendidikan masih ditayangkan di rangkaian televisyen milik kerajaan.

Menteri Pendidikan, Nadiem Makarim yang juga pengasas aplikasi Go Jek mengetahui tentang cabaran-cabaran pengajaran di kawasan-kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, menteri itu menyuarakan rasa terkejut tentang jumlah sebenar rakyat Indonesia yang kekurangan perkhidmatan internet.

"Kami terpaksa bergantung kepada guru sebenar yang menggerakkan diri mereka untuk mengajar dari pintu rumah ke pintu rumah," katanya pada minggu lalu.

Pandemik itu telah memberikan cabaran terbesar dalam menambah baik infrastruktur di kepulauan Asia Tenggara itu.

Ia merupakan keutamaan Presiden Joko Widodo.

"Infrastruktur di Indonesia tidak sepenuhnya bersedia untuk kaedah pembelajaran secara online," kata Christina Kristiyani iaitu seorang pakar pendidikan di Universiti Sanata Dharma.

"Malah, jika hendak mengadakan satu persidangan video, kosnya terlalu tinggi di kawasan luar bandar," tambahnya.

Sementara itu, ramai ibu bapa bergelut untuk mengisi kelompongan internet kerana mereka kerap mendapat pekerjaan yang dibayar dengan gaji rendah.

"Saya hanya boleh memperingat (kanak-kanak) untuk belajar kerana saya tidak boleh membantu mereka seperti yang dilakukan oleh seorang guru.

"Dan kita tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk satu pelan internet," kata Orlin Giri iaitu seorang ibu dari Nusa Tenggara Timur iaitu salah sebuah wilayah paling miskin di Indonesia.

Henrikus Suroto mengajar di rumah muridnya selepas sekolah ditutup di Indonesia baru-baru ini. - Foto AFP
Henrikus Suroto mengajar di rumah muridnya selepas sekolah ditutup di Indonesia baru-baru ini. - Foto AFP

Itu merupakan cerita yang sama untuk seluruh dunia, kata Fina iaitu seorang guru di Kepulauan Borneo.

"Ramai ibu bapa hanya lulusan daripada sekolah rendah atau sekolah tinggi rendah atau mereka tidak pernah pergi ke sekolah.

"Adalah satu pencapaian luar biasa jika mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah," tambahnya.

Fina seperti kebanyakan penduduk Indonesia yang menggunakan satu nama memilih untuk tidak mengadakan pembelajaran ke atas murid-muridnya di rumah kerana dia mempunyai seorang bayi dan tinggal di sebuah kawasan yang kadar jangkitan penyakit adalah tinggi.

"Bagaimanapun, pandemik ini telah mengajar kita bahawa ketika teknologi adalah baik dan banyak membantu, ia masih tidak dapat membantu para guru," tambahnya.

Ketika pihak berkuasa Indonesia menimbang untuk membuka sekolah, para pengkritik memberi amaran adalah terlalu awal untuk membuka sekolah kerana keluk Covid- 19 masih belum jatuh.

Secara rasminya, negara itu mempunyai lebih 35,000 kes Covid-19 dan 2,000 kematian.

Namun, dengan kadar ujian antara yang terendah di dunia, kadar kematian Indonesia dipercayai jauh lebih tinggi.

Persatuan pediatrik di negara tersebut sudah memberi amaran bahawa deman denggi dan kekurangan zat makanan mungkin meletakkan kanak-kanak dalam risiko kematian akibat penyakit pernafasan itu.

Menurut data Kementerian Kesihatan, hampir 18 peratus kanak- kanak Indonesia yang berumur di bawah 5 tahun mengalami masalah kekurangan pemakanan.

Data itu menunjukkan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 14 tahun mewakili hampir 42 peratus pesakit demam denggi di negara tersebut.

Risiko itu diberi perhatian pada bulan April lalu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menghidap demam denggi meninggal dunia akibat Covid-19.

Penyakit demam denggi itu juga boleh membawa maut.

Namun selepas berbulan-bulan, sebahagian murid-murid ingin kembali ke sekolah.

"Saya bosan di rumah. Saya rindu sekolah, semua rakan dan guru saya," kata Gratia Ratna Febriani iaitu seorang pelajar di Kampung Kenalan.

Perasaan itu turut menyentuh seorang guru sekolah tinggi, Yunedi Sepdoana Sine yang berkata, dia akan mengajar 50 kanak- kanak ketika sekolah masih ditutup.

"Para pelajar amat merindui guru-guru mereka. Jadi, saya rasa diperlukan. Itu yang menyebabkan saya merasa gembira. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!