Syarikat pengelola jemaah haji swasta rugi hampir RM200 juta

Keputusan kerajaan tangguh penghantaran jemaah haji ke Makkah ekoran penularan Covid-19 menyebabkan syarikat pengelola jemaah haji swasta bakal berdepan kerugian besar.
Keputusan kerajaan tangguh penghantaran jemaah haji ke Makkah ekoran penularan Covid-19 menyebabkan syarikat pengelola jemaah haji swasta bakal berdepan kerugian besar.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 51 syarikat pengelola jemaah haji swasta (PGH) termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpaksa menanggung kerugian hampir RM200 juta apabila kerajaan membuat keputusan menangguhkan penghantaran jemaah haji dari Malaysia ke Makkah ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, daripada 51 syarikat itu, 21 daripadanya adalah PGH dan selebihnya terdiri daripada 30 NGO atau syarikat swasta yang berdaftar di bawah PAPUH.

Beliau berkata, apabila kerajaan mengumumkan keputusan itu kelmarin, kesemua PGH termasuk NGO terlibat berdepan kerugian besar meliputi kos penginapan, makan minum serta pengurusan jemaah semasa di Arab Saudi.

“Katakan jemaah haji yang diperuntukkan untuk PGH seramai 10,000 orang dan bagi seorang jemaah, setiap ejen perlu keluarkan kos sebanyak RM20,000 untuk urusan hotel serta makan minum.

“Itu kita ambil anggaran kos terbabit dan belum termasuk tiket kapal terbang sudah mencecah antara RM100 juta ke RM200 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Razali berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi kelonggaran sekiranya kerajaan Arab Saudi memberi visa haji mujamalah iaitu budi bicara yang jumlahnya sangat terhad melalui pakej swasta.

“Sekiranya jemaah ini dibenarkan menunaikan haji dalam situasi pandemik ini, mereka sanggup membiayai kos sendiri untuk kuarantin setelah pulang serta mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: