Skandal melanda Tabung Haji: Selamatkah wang pendeposit?

No Image Caption
A
A
A

TABUNG Haji (TH) dilaporkan mempunyai kekurangan sebanyak RM4 bilion untuk membayar semula wang pendepositnya. Ini adalah berdasarkan aset TH bagi tahun 2016 yang berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion daripada sembilan juta pendeposit.

Selain itu, timbul juga isu apabila dua laporan polis telah dibuat oleh Lembaga TH berkenaan penyelewengan dana berjumlah sebanyak RM22 juta serta penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya yang dilaporkan berjumlah kira-kira RM3.8 bilion.

Beberapa nama telah dinyatakan dalam laporan polis tersebut, antaranya ialah bekas Pengerusi, Datuk Seri Azeez Rahim; bekas CEO, Datuk Seri Johan Abdullah serta beberapa pegawai kanan lain.

Dua laporan telah dibuat yang mana laporan pertama adalah melibatkan program Yayasan TH dengan penyalahgunaan dana sebanyak RM22 juta dikatakan telah digunakan bagi membiayai aktiviti berkaitan politik.

Laporan kedua pula dibuat ekoran daripada penjualan pegangan anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Indopalms Sdn Bd dan TH Indo Industries Sdn Bhd dalam syarikat PT TH Indo Plantations sebanyak 95% kepaada PT Borneo Pacific dengan harga RM3.8 bilion pada tahun 2012.

Rentetan daripada perkara itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Special Purpose Vehicle (SPV) bagi mengambil alih aset TH yang tidak berprestasi baik untuk menyelesaikan masalah kewangan TH.

Skandal yang melanda TH telah menimbulkan persoalan, selamatkah wang pendeposit?

Sinar Harian akan merungkaikan persoalan itu.

Artikel Berkaitan: