Rayuan Geran Khas Prihatin boleh dibuat sebelum 15 Jun: LHDN

LHDN
LHDN
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan boleh membuat permohonan rayuan sebelum atau pada 15 Jun melalui portal GKP.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, permohonan rayuan akan diberikan pertimbangan sewajarnya dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun.

“Bagi permohonan rayuan yang diluluskan, pembayaran GKP dijangka akan dibuat mulai 29 Jun,”katanya.

GKP merupakan peruntukan khas sebanyak RM2.1 bilion yang disediakan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro bagi memberi bantuan kewangan secara 'one-off' berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro memulakan semula perniagaan. -Bernama

Artikel Berkaitan: