X

Kindly register in order to view this article
!

Dua maut Nissan Fairlady terbakar

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Pasukan Bomba Sukarela Gombak
A
A

GOMBAK – Dua lelaki maut selepas kereta Nissan Fairlady yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, kereta dinaiki mangsa dari arah Genting Highlands menghala Plaza Tol Gombak telah hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbakar.

"Kemalangan menyebabkan pemandu tercampak keluar dari kereta manakala seorang lagi mangsa rentung apabila tersepit di kerusi penumpang.

"Kedua-dua mangsa berusia 23 dan 29 tahun disahkan maut disebabkan kecederaan serius," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Mohd Shaifuddin di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dua lelaki maut selepas kereta Nissan Fairlady dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak awal pagi tadi. - Foto Pasukan Bomba Sukarela Gombak
Dua lelaki maut selepas kereta Nissan Fairlady dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 26.7 Lebuhraya Karak awal pagi tadi. - Foto Pasukan Bomba Sukarela Gombak


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!