Polis cedera dirempuh penunggang motosikal

Polis melakukan pemeriksaan di kawasan Puteri Harbour selepas menerima aduan terdapat sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di kawasan itu.
Polis melakukan pemeriksaan di kawasan Puteri Harbour selepas menerima aduan terdapat sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di kawasan itu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang anggota polis cedera selepas dirempuh penunggang motosikal ketika melakukan pemeriksaan di kawasan Puteri Harbour di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, pihak polis menerima aduan mengenai sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di kawasan Puteri Habour.

"Bertindak atas maklumat tersebut, tiga anggota pasukan peronda polis (MPV) ke lokasi dan menahan beberapa buah motosikal untuk pemeriksaan lanjut.

"Ketika dua anggota sedang melakukan pemeriksaan, salah seorang penunggang motosikal telah melarikan diri dan merempuh seorang anggota yang ketika itu turun dari kenderaan MPV," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, anggota tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

"Tiga buah motosikal telah ditahan bagi membolehkan pemeriksaan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1967 kerana melakukan ubah suai dan penglibatan dengan kegiatan kumpulan samseng jalanan serta turut disiasat di bawah Seksyen 42 akta yang sama.

"Siasatan lanjut juga diteruskan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: