X

Kindly register in order to view this article
!

Jawatan PM kesembilan bukan hak mutlak Anwar: Maszlee

Maszlee
A
A

SHAH ALAM - Rundingan bagi mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) dan memilih Perdana Menteri kesembilan selepas itu tidak boleh menjurus kepada jawatan tersebut merupakan hak mulak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada nombor yang dimilikinya.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana tanpa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, peluang untuk mengambil semula kerajaan sesuatu yang mustahil.

"Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak Pakatan Harapan (PH) seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Anwar hanyalah 91 (sokongan ahli Parlimen). Akan tetapi, galah sejengkal Dr Mahathir telah memanjangkan sedikit kepada 107 jumlah sokongan ahli Parlimen. Tinggal lima lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak.

"Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Anwar dan Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui pengkhianatan orang nombor dua parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanyakan soalan realisitik iaitu siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan lima lagi kerusi yang berbaki?" soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kebiasaan baharu politik di Malaysia merupakan permainan nombor dan angka bilangan ahli Parlimen.

"Walaupun telah berlaku sebelum ini di peringkat negeri-negeri, namun 'Langkah Sheraton' telah mendefinisikan kebiasaan baharu politik Malaysia apabila tumbangnya kerajaan PH hanya melalui perpindahan ahli Parlimen daripada kerajaan kepada pihak pembangkang.

"Sebab itulah untuk melepasi angka 112 ini, saya khuatir kekuatan satu pihak sahaja tidak mencukupi. Dengan sambungan galah sejengkal Dr Mahathir bersama lima ahli Parlimen dan Warisan, angka 112 ini boleh dicapai.

Ditambah pula dengan beberapa ahli Parlimen Bersatu selain daripada beberapa orang ahli Parlimen UMNO yang sudah muak degan budaya rasuah serta kleptokrasi parti mereka," katanya.

Jelasnya, apabila angka ahli Parlimen yang menyokong Dr Mahathir dan PH mencapai kepada jumlah 122 orang, jumlah 130 orang itu boleh dicapai.

"Analoginya mudah, galah 112 ini akan berupaya menggoncangkan pohon-pohon buah 18 yang lain walaupun tinggi dan apabila angka telah mencapai 130, pohon-pohon berbuah 17 (asalnya 21) pun akan turut rapuh untuk dipetik oleh galah sejengkal. Ia bagus jika mahukan sebuah kerajaan yang stabil dengan bilangan ahli parlimen mencapai 148 sekurang-kurangnya.

"Hanya melalui PH bersama Dr Mahathir mengambil semula kerajaan sahajalah negara boleh diselamatkan dan koruptor-koruptor jerung yang bakal terlepas satu demi satu tidak akan dibiarkan.

"Galah sejengkal ini tidak akan berhenti di sini. Jika kita memahami keajaiban dan menghormati galah sejengkal Dr Mahathir ini bukan sahaja kerajaan boleh diambil semula," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus