RON97, RON95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen seliter

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapan sen manakala diesel pula naik sepuluh sen bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.86, RON95 (RM1.56) dan diesel RM1.73.

Kenaikan harga tersebut dipengaruhi harga minyak diproses yang semakin meningkat selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: