MDP teruskan Karnival Bayar dan Menang

Rose Shamsul menyerahkan motosikal sebagai hadiah utama kepada pemenang kategori B, Noor Nazirah Kamaruzahid, 32 pada pada majlis penyampaian hadiah Karnival Bayar dan Menang 2018 Kategori B di Kelab Golf Diraja Pekan, kelmarin.
Rose Shamsul menyerahkan motosikal sebagai hadiah utama kepada pemenang kategori B, Noor Nazirah Kamaruzahid, 32 pada pada majlis penyampaian hadiah Karnival Bayar dan Menang 2018 Kategori B di Kelab Golf Diraja Pekan, kelmarin.
A
A
A

KUANTAN- Majlis Daerah Pekan (MDP) memperuntukkan RM50,000 untuk cabutan hadiah kepada pembayar cukai kategori B sempena Karnival Bayar dan Menang Cukai Taksiran Am, tahun lalu.

Yang Dipertua MDP, Datuk Rose Shamsul Abdul Razak berkata, inisiatif itu sebagai salah satu usaha majlis untuk mengutip tunggakan cukai yang mencecah RM2.4 juta selain meneruskan tindakan guaman dan sitaan terhadap pembayar cukai yang ingkar.

Menurutnya, tujuan utama karnival itu bagi menggalakkan pembayar cukai menjelaskan cukai taksiran semasa dan tunggakan masing-masing.

”Mulai tahun lalu, MDP menawarkan dua kategori cabutan hadiah iaitu kategori A dan B supaya lebih ramai pembayar cukai berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

”Kategori A untuk pembayar cukai yang berjaya menyelesaikan tunggakan dan cukai semasa setahun selewat-lewatnya 30 Jun 2018 dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kategori ini telah diadakan pada 17 Julai 2018.

”Bagi kategori B, ia untuk pembayar cukai yang menyelesaikan tunggakan dan cukai semasa setahun bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018,”katanya.

Rose Shamsul berkata, kategori itu memberi peluang kepada pembayar cukai yang membuat bayaran dalam tempoh masa lebih lama tetapi mengikut penggal yang ditetapkan.

”MDP menyediakan 70 hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori dan hadiah utamanya sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz, sembilan hadiah utama iringan dan 60 hadiah sampingan.

Artikel Berkaitan:

”Bagi kategori ini, kita menerima 2,492 penyertaan dan 2,611 penyertaan bagi kategori A,”katanya.

Beliau berkata, atas sambutan baik yang diterima daripada pembayar cukai, pihak majlis membuat keputusan untuk meneruskan karnival itu tahun ini.

”Bayaran cukai taksiran am tanggungjawab perlu dilaksanakan oleh pemilik harta biarpun ramai beranggapan tidak perlu membayarnya kerana mereka tidak menerima sebarang perkhidmatan daripada pihak majlis.

”Tanggapan itu perlu diperbetulkan kerana sistem pentadbiran berkerajaan, tidak memberikan perkhidmatan secara ’one to one’ kepada pembayar cukai, tetapi cukai-cukai ini digunakan untuk memberikan perkhidmatan secara keseluruhan kepada kesejahteraan penduduk dan pembangunan bandar Pekan,”katanya.