X

Kindly register in order to view this article
!

Jemaah teruja dapat tunai solat Jumaat di masjid

Seramai 49 jemaah dipilih menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Munawarrah Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.
A
A

PASIR GUDANG - Selepas hampir 12 minggu khutbah tidak berkumandang dan solat Jumaat tidak dilakukan di Masjid Al-Munawarrah Kota Masai di sini, seramai 49 jemaah dipilih untuk menunaikan kewajipan itu hari ini.

Masjid berkenaan yang merupakan antara terbesar dan menjadi tumpuan di sini mula dikunjungi jemaah seawal jam 12 tengah hari sejurus dibuka.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jumlah mereka yang datang melebihi senarai jemaah dijemput dan mereka diminta pulang ke rumah masing-masing.

Seorang jemaah yang dijemput, Jamaludin Md Yusof, 62, dari Taman Kota Masai melahirkan rasa gembira kerana setelah sekian lama tidak dapat menunaikan solat fardu Jumaat.

JAMALUDIN MD YUSOF
JAMALUDIN MD YUSOF

"Walaupun rasa agak janggal tetapi tetap teruja menunaikan solat Jumaat dalam keadaan dan situasi berbeza.

"Saya menerima jemputan menerusi kumpulan WhatsApp masjid ini," katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat.

Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah dilaksanakan di semua masjid serta surau di negeri ini bermula hari ini tetapi terhad untuk 40 jemaah sahaja.

Seramai 49 jemaah dipilih menunaikan solat Jumaat mengikut peraturan dan SOP ditetapkan di Masjid Al-Munawarrah Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.
Seramai 49 jemaah dipilih menunaikan solat Jumaat mengikut peraturan dan SOP ditetapkan di Masjid Al-Munawarrah Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.

Bagi mereka yang tidak terpilih menunaikan solat Jumaat di masjid perlu diganti dengan solat Zuhur di rumah.

Jemaah lain, Suhaili Muhyidin, 53, dari taman yang sama bersyukur kerana dapat menunaikan solat Jumaat dan berharap mereka yang belum berpeluang menunaikannya supaya menunggu giliran.

SUHAILI MUHYIDIN
SUHAILI MUHYIDIN

"Ramai yang tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat pada hari ini, kita harap mereka bersabar sehingga giliran mereka dipanggil," katanya.

Sementara itu, Pengerusi masjid tersebut, Ahmad Faizul Jaladudin, 55, berkata, jumlah mereka yang datang untuk solat Jumaat pada hari ini melebihi jemaah jemputan termasuk musafir.

Katanya, pihaknya memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan lebihan jemaah yang datang itu kerana perlu mematuhi peraturan dan standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan negeri.

"Selepas tidak dapat bersolat Jumaat di masjid ini, mereka cuba nasib di masjid lain sekitar daerah ini. Memang hari ini ramai yang datang termasuk solat jemaah Subuh pagi tadi," katanya.

Bagi pemilihan jemaah untuk solat Jumaat akan datang katanya, pihak masjid akan pilih mengikut setiap taman berdekatan supaya setiap kariah dapat menunaikan kewajipan tersebut secara bergilir-gilir.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!