Bomba selamatkan budak terperangkap dalam kereta

Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam kereta di Taman Indah Muar di sini malam tadi.
Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam kereta di Taman Indah Muar di sini malam tadi.
A
A
A

MUAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang terperangkap dalam kenderaan berjaya diselamatkan bomba dalam kejadian di deretan kedai Taman Indah Muar malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Zuraimi Harun berkata, sebuah jentera FRT dan tiga unit RIM bersama 13 anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 10.13 malam.

Katanya, mangsa terperangkap dalam sebuah kereta Proton Persona ketika ibu bapa mangsa keluar untuk membeli barang di kedai berdekatan.

"Apabila ibu bapa mangsa kembali semula ke kereta, didapati kereta telah berkunci dalam keadaan enjin dihidupkan dan mangsa tertidur.

"Orang awam termasuk ibu bapa mangsa cuba memanggil dan mengejutkan mangsa, namun tidak disedari mangsa" katanya hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya diselamatkan bomba yang menggunakan peralatan khas dan mangsa diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan: