Trem Bukit Melawati mula beroperasi esok

MDKS memuat naik status berhubung perkhidmatan trem mula operasi di Bukit Melawati.
MDKS memuat naik status berhubung perkhidmatan trem mula operasi di Bukit Melawati.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Perkhidmatan trem di Bukit Melawati akan mula beroperasi esok berikutan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa Rabu lalu.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memaklumkan, operasi perkhidmatan di kawasan bersejarah itu tersedia pada setiap hari.

Menurutnya, beberapa aspek keselamatan perlu diberi tumpuan dalam mencegah penularan koronavirus (Covid-19).

"Melanconglah dengan selamat dan sila amalkan norma baharu seperti penjarakkan sosial satu meter, kerap mencuci tangan dan sentiasa memakai penutup hidung serta mulut," kata kenyataan itu.

Perkhidmatan trem itu beroperasi pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang manakala Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Artikel Berkaitan: