Seorang cedera, tujuh kenderaan terbabas di NKVE

Tujuh buah kenderaan mengalami kerosakan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24.5 Lebuhraya NKVE, Petaling Jaya, kelmarin.
Tujuh buah kenderaan mengalami kerosakan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24.5 Lebuhraya NKVE, Petaling Jaya, kelmarin.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak tujuh buah kenderaan terbabas dalam kejadian di Kilometer 24.5 Lebuhraya NKVE di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihaknya pada jam 9.29 malam.

"Dalam kejadian tersebut, kenderaan terlibat adalah Chevrolet Oprta, Proton X70, Proton Pesona, Toyota Fortuner, Honda Civic (2 buah) dan BMW X5.

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada Chevrolet Oprta yang hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kanan sebelum kenderaan lain yang datang dari arah belakang melanggar antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, difahamkan, hanya seorang pemandu Honda Civic mengalami cedera ringan dan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, kes disiasat oleh pihak Unit Siasatan Lebuhraya JSPT untuk tindakan di bawah R10 ln 166/59.

Artikel Berkaitan: